Purchase Order
Terms And Conditions
View this document in:
Arabic (opens in a new tab) |
Bahasa Indonesia (opens in a new tab) |
Bahasa Malay (opens in a new tab) |
Chinese (Simplified) (opens in a new tab) |
French (opens in a new tab) |
German (opens in a new tab) |
Italian (opens in a new tab) |
Korean (opens in a new tab) |
Polish (opens in a new tab) |
Russian (opens in a new tab) |
Spanish (opens in a new tab) | |
Vietnamese
(opens in a new tab)
Arabic (opens in a new tab) |
Bahasa Indonesia (opens in a new tab) |
Bahasa Malay (opens in a new tab) |
Chinese (Simplified) (opens in a new tab) |
English (opens in a new tab) | |
French (opens in a new tab) |
German (opens in a new tab) |
Italian (opens in a new tab) |
Korean (opens in a new tab) |
Polish (opens in a new tab) |
Russian (opens in a new tab) |
Spanish (opens in a new tab) |
Vietnamese
(opens in a new tab)
Umum
- Harga: Semua harga adalah muktamad kecuali dipersetujui sebaliknya secara bertulis oleh Energizer. Energizer tidak akan membayar balik sebarang perbelanjaan atau kos kepada Penjual melainkan dinyatakan secara khusus dalam Pesanan Belian (“PO”). Penjual akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua pembayaran bagi cukai pendapatan atau cukai guna tenaga atau penangguhan berikutan pelaksanaan obligasinya di bawah PO dan bersetuju untuk membayar pampasan serta mengambil alih tanggungjawab Energizer berkaitan perkara berkenaan, termasuk yuran guaman yang munasabah. Jika Energizer diperlukan, menurut mana-mana undang-undang sekarang dan akan datang, peraturan dan pengawalan untuk melakukan penangguhan berkaitan cukai atau jika sebaliknya penangguhan daripada sebarang jumlah atau jumlah yang kena dibayar kepada Pembeli menurut PO, Energizer mesti membayar sebarang jumlah bersih penangguhan tersebut.
- INVOIS:
- Invois mestilah (i) diberikan secara berasingan untuk setiap penghantaran; (ii) terdiri daripada satu PO sahaja; dan (iii) diberikan dengan tercatatnya nombor PO, melainkan Energizer meminta dalam bentuk yang lain. Energizer hendaklah membayar invois Penjual yang tiada pertikaian dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas penerimaan invois berkenaan, melainkan dipersetujui dengan cara lain secara bertulis oleh Energizer, dan dipersetujui oleh wakil pasukan perolehan Energizer (sebelum PO dikeluarkan). Penjual tidak boleh (iv) menghantar invois melebihi sembilan puluh (90) hari kepada Energizer selepas Penjual menyelesaikan urusan dalam PO tersebut (invois lewat berkenaan di sini dirujuk sebagai “Invois Lewat”), (v) pada awalnya mengemukakan tuntutan bayaran untuk invois yang telah dikeluarkan melebihi 365 hari selepas tarikh invois (tuntutan berkenaan di sini dirujuk sebagai “Tuntutan Lewat”), atau (vi) invois sebelum urusan dalam PO oleh Penjual tersebut telah selesai. Penjual melepaskan semua hak dan remedi yang berkaitan dengan Invois Lewat dan Tuntutan Lewat tersebut.
- Jika tarikh akhir pembayaran invois tidak jatuh pada Hari Bekerja, invois hendaklah dibayar pada Hari Bekerja selepas tarikh akhir. “Hari Bekerja” bermaksud mana-mana hari selain hari Sabtu, Ahad atau mana-mana hari lain yang mana bank komersial dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, ditutup daripada menjalankan perniagaan di lokasi Penjual melaksanakan tanggungjawabnya di bawah suatu PO.
- Invois mesti di e-mel ke alamat e-mel invois Energizer yang akan dinyatakan pada PO yang berkaitan atau alamat e-mel yang diberikan oleh pemohon perkhidmatan atau barangan.
- HARTA INTELEK:
- “Harta Intelek” bermaksud hak cipta (termasuk hak dalam perisian komputer dan hak tipografi), paten, tanda perniagaan, nama domain, hak dalam reka bentuk, pangkalan data, sistem pengendalian dan spesifikasi (kedua-duanya didaftarkan dan tidak didaftarkan) dan sebarang permohonan untuk mendaftarkan mana-mana yang disebutkan di atas, hak dan reka cipta (sama ada boleh dipatenkan atau tidak), pengetahuan, rahsia perdagangan dan maklumat sulit lain serta semua hak sepadan dengan ciri yang serupa di mana-mana di dunia.
- Penjual hendaklah mempertahankan, melindungi dan melepaskan Energizer daripada dan terhadap mana-mana tuntutan mahkamah, tuntutan, permintaan, penyiasatan tindakan kerajaan, kerosakan, penyelesaian, penalti, perintah, penghakiman, liabiliti, kos dan perbelanjaan (termasuk yuran guaman) (“Kerugian”) yang timbul daripada atau berkaitan dengan pelanggaran atau dakwaan pelanggaran oleh apa-apa barangan atau perkhidmatan yang disampaikan menurut mana-mana hak Harta Intelek pihak ketiga. Sekiranya Enegizer dilarang daripada menggunakan barangan atau perkhidmatan yang disampaikan , Penjual hendaklah dengan segera sama ada (i) mendapatkan Energizer hak untuk terus menggunakan barangan atau perkhidmatan tersebut, (ii) menggantikan barangan tersebut dengan barangan atau perkhidmatan yang tidak menyalahi atau mengubah barangan atau perkhidmatan tersebut menjadi tidak menyalahi, semuanya ditanggung atau dilakukan oleh Penjual dan memenuhi kehendak Energizer, atau (iii) mengalih keluar barangan tersebut atas tanggungan Penjual dan membayar balik Harga belian kepada Energizer.
- Tertakluk pada hak Penjual dan/atau mana-mana pemberi lesen pihak ketiga berkaitan dengan mana-mana bahan yang sudah sedia ada yang dibekalkan oleh Penjual, yang berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang disampaikan menurut (“Bahan Projek”) (yang hendaklah kekal tidak terjejas), Energizer berhak atas semua hak Harta Intelek dalam Bahan Projek, yang mana hak Harta Intelek hendaklah ditentukan oleh Penjual, dengan jaminan hak milik penuh, kepada Energizer sebaik sahaja selepas dihasilkan. Penjual hendaklah melakukan semua perkara berkenaan dan menandatangani semua dokumen atau alatan secara munasabah yang perlu untuk membenarkan Energizer memperoleh, melindungi dan menguatkuasakan haknya dalam Bahan Projek.
- Semua hak Harta Intelek dalam mana-mana bahan yang disediakan oleh Energizer (“Bahan Energizer”) kepada Penjual yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan ialah hak milik dan kekal menjadi hak milik Energizer atau pemberi lesennya. Apabila diminta oleh Energizer dan dalam mana-mana keadaan selepas PO tamat atau PO ditamatkan, Penjual, atas perbelanjaan mereka sendiri hendaklah menghantarkan dengan segera kepada Energizer semua salinan Bahan Projek dan Bahan Energizer yang dalam jagaan, kawalan atau simpanan Penjual.
- Bahagian 3 ini akan kekal berkuat kuasa selepas PO ditamatkan atau PO tersebut tamat tempoh
- PEMASANGAN DAN KERJA: Sekiranya mana-mana barangan atau perkhidmatan tersebut memerlukan, berkaitan dengan pemasangan atau kerja yang dinyatakan sebelum ini, khidmat penyelia, pakar atau orang lain yang berkaitan dengan atau diambil bekerja oleh Penjual, dan Penjual bersetuju untuk menyediakan perkara yang sama, sama ada terdapat caj atau tanpa caj, penyelia, pakar atau orang lain yang melaksanakan perkhidmatan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai pekerja Energizer, dan Penjual memikul tanggungjawab sepenuhnya atas tindakan dan pengabaian serta liabiliti yang menyeluruh bagi sebarang cukai gaji atau sumbangan yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang persekutuan, wilayah, negeri atau tempatan yang terpakai. Penjual hendaklah mendapatkan semua permit dan lesen yang diperlukan, dan hendaklah mematuhi peruntukan yang terpakai bagi mana-mana undang-undang atau ordinan persekutuan, wilayah, negeri, atau tempatan, dan semua peraturan perintah, dan peraturan, yang dikeluarkan di bawah ini, dan mana-mana peruntukan, perwakilan atau perjanjian, atau fasal kontraktual yang perlu dimasukkan atau digabungkan mengikut rujukan atau pelaksanaan undang-undang dalam kontrak, terhasil daripada penerimaan PO, kepada pekerja yang diambil bekerja untuk barangan atau perkhidmatan tersebut dan untuk pemeliharaan kesihatan keselamatan umum, termasuk tetapi tidak terhad pada, peraturan dan perintah yang berkaitan dengan perakuan Penjual tentang kemudahan yang berasingan.
- INSURANS: Penjual hendaklah, atas perbelanjaan mereka sendiri, melaksanakan dan mengekalkan insurans liabiliti berkenaan yang akan melindungi Penjual dan Energizer daripada tuntutan di bawah akta pampasan dan daripada sebarang kerosakan disebabkan oleh kecederaan peribadi, termasuk kematian, yang mungkin ditanggung oleh pekerja Penjual, subkontraktor atau mana-mana pembantu, ejen atau pekerja mereka dan orang awam, dan daripada tuntutan atas kerosakan harta yang mungkin ditanggung oleh mana-mana mereka, disebabkan oleh pelaksanaan PO. Penjual hendaklah mengemukakan sijil insurans sah yang berikut yang boleh diterima oleh Energizer. Atas permintaan Energizer, Penjual hendaklah memberikan notis awal kepada Energizer tentang pembatalan atau perubahan penting dalam perlindungan tersebut, dalam tempoh tidak kurang daripada lima belas (15) hari:(1) Insurans Pampasan Pekerja diperlukan oleh undang-undang di negeri dan/atau negara tempat ibu pejabat Penjual dan/ atau mana-mana negeri dan/atau mana-mana negara perkhidmatan atau Kerja akan dilaksanakan di bawah suatu PO; (2) Insurans Liabiliti Am Komersial yang munasabah dan lazim atau sebaliknya diperlukan oleh undang-undang di negeri dan/atau negara yang mana perkhidmatan atau Pekerjaan akan dilaksanakan di bawah suatu PO, merangkumi kecederaan badan, kerosakan harta, liabiliti kecederaan peribadi dan liabiliti kontraktual yang meliputi semua operasi Penjual.
- INDEMNITI: Penjual bersetuju untuk melindungi, mempertahankan, membayar pampasan, menanggung mana-mana liabiliti dan mengambil alih tanggungjawab Energizer, ejennya, pekerja, anak syarikat, gabungan, pengganti dan menyerah hak daripada dan terhadap sebarang Kerugian untuk setiap apa jua perilaku, termasuk kecederaan badan, kesakitan, penyakit dan/atau kematian yang ditanggung oleh manamana orang (termasuk, tetapi tidak terhad pada, pekerja Energizer, pekerja Penjual atau pekerja subkontraktor) yang dalam apa jua keadaan adalah berkaitan dengan pelaksanaan suatu PO.
- FORCE MAJEURE: Tiada mana-mana pihak bertanggungjawab terhadap pihak lain atas keingkaran atau kelewatan pelaksanaan tanggungjawab menurut terma dan syarat ini, jika keadaan itu disebabkan bencana alam (termasuk tetapi tidak terhad pada: banjir, puting beliung, taufan, gempa bumi), kebakaran, letupan, rusuhan atau kekacauan awam, perang, ancaman atau tindakan pengganas, perintah kerajaan atau peraturan atau darurat di peringkat negara atau serantau yang berlaku selepas Tarikh PO (setiapnya, “Keadaan Force Majeure”). Jika berlaku Keadaan Force Majeure, pihak yang terjejas hendaklah memaklumkan pihak yang satu lagi, dengan memberikan notis mengenai jangkaan bilangan hari Keadaan Force Majeure akan berterusan. Walaupun notis berkenaan menyebut sebaliknya, Penjual tidak boleh dikecualikan daripada pelaksanaan tanggungjawabnya di bawah suatu PO sehingga Penjual telah berusaha yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk, tetapi tidak terhad pada, penggunaan semua kemudahan, keseluruhan kemudahan dan lebih masa pekerja. Kecuali seperti yang dinyatakan sebaliknya dalam PO, Energizer dijamin akan diberikan keutamaan dan jumlah bahagian tidak seimbang bagi Produk atau Perkhidmatan yang tersedia (peratusan akan dipersetujui antara Energizer dengan Penjual, berdasarkan keadaan pasaran dan penilaian peluang). Sekiranya Penjual tidak boleh membekalkan Produk dan Perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan Energizer disebabkan oleh Keadaan Force Majeure, Energizer hendaklah dilepaskan daripada apaapa tanggungan seterusnya untuk membeli Produk atau Perkhidmatan daripada Penjual sementara Keadaan Force Majeure masih berterusan. Walaupun syarat di atas menyebut sebaliknya, sekiranya ketidakupayaan pihak yang terjejas untuk melaksanakan tanggungjawabnya berterusan melebihi tiga (3) bulan atau dijangka akan berterusan selama tiga (3) bulan atau lebih, selepas pemberitahuan tentang Keadaan Force Majeure, pihak yang satu lagi berhak, dengan budi bicara mutlaknya, untuk menamatkan obligasinya di bawah suatu PO, termasuk PO yang belum dijelaskan, selepas notis bertulis serta merta, tanpa penalti dikenakan bagi penamatan tersebut. Tiada bayaran perlu dibuat kepada Penjual oleh Energizer untuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Penjual disebabkan oleh keingkaran atau kelewatan tersebut
- LUKISAN DAN ITEM LAIN: Melainkan jika diperuntukkan sebaliknya secara jelas dalam PO, semua lukisan, cetak biru, acuan, pola, perkakas, plat pencetakan, kelengkapan, bahan dan benda lain yang digunakan berkaitan dengan pengilangan barangan atau penyediaan perkhidmatan, yang di dikemukakan kepada Penjual oleh Energizer atau disediakan atau dibina oleh Penjual menurut syarat PO, hendaklah dan kekal sebagai harta Energizer, dan selepas penyempurnaan penghantaran barangan atau perkhidmatan tersebut, atau selepas penamatan PO, hendaklah dihantar kepada Energizer dalam keadaan yang sama seperti yang diterima oleh Penjual, dengan susut nilai yang munasabah. Harta tersebut dan, bila-bila sesuai, setiap item hendaklah ditandakan dengan jelas atau dengan cara lain boleh dikenal pasti oleh Penjual, sebagai harta Energizer dan hendaklah disimpan dengan selamat secara berasingan dan berjauhan dari harta Penjual. Penjual tidak boleh menggantikan mana-mana harta dengan harta Energizer dan tidak boleh menggunakan harta tersebut kecuali dalam memenuhi keperluan PO Energizer. Semasa harta tersebut berada dalam jagaan atau kawalan Penjual, risiko ditanggung oleh Penjual, harta tersebut hendaklah diinsuranskan oleh Penjual, yang dibayar sendiri oleh Penjual, bersamaan dengan jumlah kos penggantian dengan kerugian yang dibayar kepada Energizer. Penjual tidak boleh menyalin atau dengan cara lain menyalin harta berkenaan dalam apa-apa cara sekali pun tanpa kebenaran bertulis daripada Energizer terlebih dahulu. Tiada maklumat yang berkaitan dengan PO boleh dikeluarkan selain kepada pekerja Penjual yang ada kaitan langsung dengan kerja itu tanpa terlebih dahulu terdapat kebenaran bertulis daripada Energizer.
- PEMATUHAN UNDANG-UNDANG – TATAKELAKUAN PEMBEKAL.
- Pematuhan Undang-undang Serantau. Penjual mesti mematuhi semua undang-undang serantau dan setempat, serta peraturan yang meliputi, tetapi tidak terhad pada undangundang berkaitan buruh, kesihatan, keselamatan, persekitaran yang berkenaan, aturan, ordinan dan peraturan, dan semua undang-undang yang dikenakan untuk pengilangan, pemasangan, penjualan, penyimpanan, pembuangan, penghantaran, pembungkusan dan pelabelan barangan, perkhidmatan atau Kerja, juga merangkumi buruh yang diambil bekerja untuk tujuan Kerja tersebut dan juga pemeliharaan kesihatan dan keselamatan awam. Penjual hendaklah membayar ganti rugi dan memikul tanggungjawab Energizer dan pihak yang berkepentingan di tapak bagi mana-mana bahagian kerja yang dilaksanakan dan terhadap semua liabiliti yang berkenaan dengan penalti dan/atau kepentingan yang mungkin terhasil daripada tidak mematuhi manamana undang-undang, ordinan dan peraturan kerajaan, peraturan dan perintah. Penghantaran barangan atau penyempurnaan perkhidmatan akan dianggap sebagai perakuan Penjual bahawa barangan tersebut dan pengilangannya atau perkhidmatan mematuhi semua undang-undang yang berkenaan.
- Tatakelakuan Pembekal Penjual hendaklah mematuhi Tatakelakuan Pembekal (Supplier Code of Conduct (“SCOC”)) yang ditetapkan oleh Energizer, dan salinannya boleh didapati didi sini. Bagi sebarang konflik antara SCOC dengan Syarat ini, syarat dalam SCOC yang akan digunakan. Energizer, boleh mengamalkan SCOC yang baharu atau meminda syarat bentuk standard SCOC Energizer dari semasa ke semasa dan menjadi tanggungjawab Penjual memastikan pematuhan SCOC yang terkini.
- Penjual bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan mana-mana undang-undang atau ordinan persekutuan, wilayah, negeri atau setempat, dan semua perintah, peraturan dan pengawalan yang dikeluarkan di bawahnya, dan sebarang peruntukan, representasi atau perjanjian, atau klausa kontraktual yang perlu disertakan atau dimasukkan sebagai rujukan atau pelaksanaan undang-undang dalam PO berikutan penerimaan PO.
- Barangan. Penjual menjamin bahawa setiap bahan kimia yang membentuk atau terkandung dalam barangan yang dijual atau dengan cara lain dipindahkan kepada Energizer mematuhi keperluan yang dikemukakan dalam mana-mana undang-undang negeri atau serantau yang terpakai yang mentadbir bahan kimia.
- PENGURANGAN (SET-OFF): Energizer berhak untuk mengurangkan (set-off) sebarang jumlah terhutang pada bila-bila masa daripada Penjual kepada Energizer dengan apaapa jumlah perlu dibayar pada bila-bila masa oleh Energizer kepada Penjual. Hak ini merupakan tambahan pada remedi yang dikemukakan dalam PO atau terdapat dalam undang-undang.
- PENAMATAN: Jika mana-mana pihak (a) berhenti beroperasi dalam keadaan yang lazim (termasuk tidak mampu memenuhi obligasinya apabila cukup tempoh) atau jika mana-mana prosiding di bawah undang-undang kebankrapan atau insolvensi dibawa oleh atau dikenakan pada suatu pihak, atau penerima atau pentadbir dilantik atau dipohon untuk, atau suatu tugasan untuk kepentingan pemiutang dilakukan oleh suatu pihak (sama ada secara sukarela atau bukan sukarela) atau (b) pelanggaran mana-mana syarat PO, pihak yang satu lagi boleh menamatkan PO tanpa liabiliti, kecuali untuk penghantaran yang dilakukan sebelum ini atau untuk barangan atau perkhidmatan yang dirangkumi oleh PO yang telah selesai mulai dari tarikh penamatan dan kemudiannya dihantar menurut Syarat PO.
- TUGASAN DAN SUBKONTRAK: Mana-mana tugasan atau pindahan suatu PO oleh Penjual tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Energizer adalah tidak sah. Penjual tidak boleh melakukan subkontrak mahupun mewakilkan pelaksanaan semua atau mana-mana bahagian penting kerja yang diminta di Bawah suatu PO tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Energizer terlebih dahulu. Penjual tidak boleh memasuki sebarang subkontrak melainkan syarat yang berkaitan dengan bayaran pampasan yang akan dibayar kepada subkontraktor di Bawah subkontrak tersebut (termasuk pampasan untuk penamatan) diluluskan oleh Energizer terlebih dahulu. Energizer boleh menyerah hak atau memindahkan semua haknya atau tanggungjawabnya di bawah suatu PO pada bila-bila masa.
- REMEDI: Hak dan remedi Energizer yang dikemukakan dalam PO bersifat bukan eksklusif dan merupakan tambahan pada semua hak yang lain dan remedi yang tersirat oleh statut atau pada undang-undang atau dalam ekuiti.
- UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR: Kesahihan, tafsiran dan pelaksanaan suatu PO ditadbir oleh undang-undang negeri dan/atau negara tempat PO dikeluarkan oleh Energizer; walau bagaimanapun, jika tempat PO dikeluarkan adalah tidak jelas, undang-undang di negeri dan/atau negara barangan diterima oleh Energizer atau Kerja/Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Penjual yang akan mengawal. Untuk mengelak keraguan, Konvensyen PBB mengenai Kontrak Jual Beli Barang Antarabangsa (CISG) tidak akan diterima guna.
- PELBAGAI: Jika PO merupakan suatu tawaran, penerimaan PO tersebut oleh Penjual dengan ini secara nyata terhad pada Syarat PO tersebut (dan apaapa tambahan terma dan syarat yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian antara Penjual dengan Energizer (jika terpakai), walau bagaimanapun, dengan syarat, jika syarat perjanjian tersebut bercanggah dengan syarat PO tersebut, syarat perjanjian tersebut yang akan mengawal) dan penghantaran mana-mana bahagian barang atau pelaksanaan Kerja/Perkhidmatan yang terangkum di bawah ini akan dianggap mengandungi penerimaan berkenaan. Jika PO merupakan penerimaan terhadap suatu tawaran, penerimaan tersebut secara nyata dijadikan persetujuan bersyarat Penjual terhadap Syarat PO tersebut dan penghantaran mana-mana bahagian barang atau pelaksanaan Kerja/Perkhidmatan yang terangkum di bawah ini akan dianggap mengandungi persetujuan berkenaan. Suatu PO mengandungi seluruh perjanjian antara pihak yang berkaitan dengan perkara ini, dan tiada persefahaman secara lisan, perwakilan atau waranti yang menjejaskan; walau bagaimanapun; dengan syarat; sekiranya berlaku percanggahan, tertib susunan untuk menyelesaikan percanggahan tersebut adalah seperti berikut: syarat Penawaran Induk atau Perjanjian Perkhidmatan, serta dokumennya jika terpakai, suatu PO; Pelepasan Kerja atau SOW; Spesifikasi dan Lukisan. Tiada rutin pelaksanaan mahupun rutin urusan ataupun amalan perdagangan akan digunakan untuk menterjemah, mentakrif, membolehkan, menjelaskan atau menjadi tambahan pada sebarang Syarat suatu PO. PO tidak boleh diubah, kecuali secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan. Tiada penepian oleh mana-mana pihak untuk sebarang pelanggaran mana-mana Syarat PO yang akan dilaksanakan oleh pihak yang satu lagi hendaklah diertikan sebagai penepian apa-apa pelanggaran, sama ada Syarat PO yang sama atau sebarang Syarat PO yang lain. Perhubungan antara pihak adalah bersifat kontraktor bebas. Tiada perkara yang terkandung dalam PO boleh diertikan sebagai mewujudkan sebarang agensi, perkongsian, usaha sama, penggajian atau perhubungan yang lain antara pihak-pihak tersebut dan tiada satu pun yang boleh mempunyai kuasa untuk mengikat kontrak atau mengikat pihak yang satu lagi dalam apa-apa cara sekali pun.
- BURUH YANG DIGUNAKAN: Penjual mengesahkan bahawa buruh banduan, paksaan atau terikat di bawah sekatan jenayah tidak diambil bekerja oleh Penjual atau oleh mana-mana pembekal Penjual pada mana-mana peringkat perlombongan, pengeluaran atau pengilangan barang dagangan yang dibeli atau Kerja/Perkhidmatan yang dilaksanakan.
- KERAHSIAAN. Penjual memahami dan mengakui bahawa semua maklumat yang disediakan oleh Energizer secara bertulis, lisan atau Penjual diletakkan dalam lingkungan perhubungan visual, (termasuk, tetapi tidak terhad pada, pengilangan produk, reka bentuk mesin dan peralatan dan proses serta amalan yang dilakukan oleh Energizer, atau kerja yang dilaksanakan oleh Penjual) berkaitan dengan PO adalah sulit dan maklumat pemilik serta harta Energizer, jika didedahkan boleh membahayakan keupayaan Energizer untuk kekal berdaya saing dalam pasaran. Oleh yang demikian, Penjual mengakui dan bersetuju (i) untuk menyimpan maklumat berkenaan secara rahsia dan sulit dan, oleh yang demikian, untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat yang diketahui oleh Penjual berkaitan dengan PO kepada pihak ketiga, (ii) untuk menggunakan yang sama sahaja seperti yang diperlukan bagi memenuhi tanggungjawabnya berkaitan dengan PO, dan (iii) bahawa, tambahan pada mana-mana remedi lain yang boleh wujud, Energizer boleh mendapatkan pelepasan injunksi terhadap mana-mana pelanggaran tanpa prasangka pada sebarang remedi lain yang boleh wujud dan tanpa sebarang keperluan tindakan undang-undang.
- REKOD DAN BUKU AKAUN: Penjual bersetuju untuk menyimpan, dan menghendaki subkontraktornya untuk menyimpan, rekod dan buku akaun yang wajar, yang menunjukkan semua data yang perlu untuk menentukan kos, jumlah dan caj yang diperoleh dalam PO, secara terperinci seperti yang dipohon oleh Energizer serta rekod dan buku akaun tersebut hendaklah terbuka untuk diaudit oleh wakil Energizer pada setiap masa yang munasabah semasa Kerja/Perkhidmatan dilaksanakan atau sebelum penghantaran barangan dan untuk tempoh lapan belas (18) bulan selepas tamat tempoh atau lebih awal penamatan suatu PO
- TAMBAHAN SYARAT KHUSUS NEGARA: Jika terdapat tambahan untuk syarat khusus negara dalam tajuk negara di bawah dan dimasukkan mengikut rujukan ini.
Syarat Tambahan untuk Pembelian Barang - KUALITI: Penjual menjamin bahawa barangan tersebut akan mematuhi keterangan dan spesifikasi dan bebas daripada kecacatan bahan, mutu kerja dan reka bentuk (selain reka bentuk Energizer). Energizer berhak untuk menguji dan memeriksa barangan tersebut sebelum penerimaan. Walaupun sebarang ujian atau pemeriksaan tersebut dilakukan, jika mana-mana barangan pada bila-bila masa didapati mempunyai kecacatan bahan, mutu kerja dan reka bentuk, atau tidak mematuhi keterangan dan spesifikasi atau keperluan PO yang lain (keseluruhannya dipanggil “Cacat”), Energizer berhak untuk menolak dan memulangkan barangan tersebut dengan kos ditanggung oleh Penjual. Penjual hendaklah membayar kos pemeriksaan barangan ditolak kepada Energizer. Bagi pembelian jentera atau peralatan, Penjual menanggung kos pembaikan atau penggantian jentera atau peralatan yang terbukti mempunyai Kecacatan, sepertimana yang diminta oleh Energizer, dengan syarat Kecacatan tersebut dilaporkan kepada Energizer kepada Penjual lebih awal, iaitu sama ada (a) satu (1) tahun dari tarikh jentera atau peralatan ditempatkan untuk beroperasi atau (b) lapan belas (18) bulan dari tarikh penghantaran jentera atau peralatan kepada Energizer oleh Penjual.
- KUANTITI: Melainkan jika dipersetujui secara bertulis, tiada variasi dalam kuantiti yang tercatat dalam PO akan diterima. Energizer boleh memulangkan barangan yang dihantar melebihi kuantiti yang ditetapkan dalam PO dengan kos ditanggung oleh Penjual.
- PENGANGKUTAN: Pengangkutan barangan yang dibeli hendaklah menurut Incoterm (Terma Dagangan Antarabangsa) yang telah ditetapkan dalam pesanan belian (PO). Jika tidak dinyatakan pada halaman depan PO, syaratnya menurut pembawa FCA Energizer (Incoterms 2020) Pengangkutan atau kos insurans premium tidak dibenarkan melainkan ada kebenaran bertulis. Hak dan risiko kehilangan akan berpindah menurut syarat yang ditetapkan pada muka depan PO, atau jika tidak dinyatakan pada muka depan PO, maka seperti dalam Incoterms yang telah ditetapkan dalam Seksyen 22 ini.
- PENGHANTARAN: Penghantaran barangan bawah suatu PO akan mengandungi pengesahan oleh Penjual bahawa barangan tersebut mematuhi semua undang-undang pembungkusan terpakai dan undang-undang pelabelan. Barangan tersebut hendaklah dibungkus dengan betul untuk penghantaran. Setiap bungkusan hendaklah diberikan nombor dan dilabelkan dengan nombor PO Energizer, nombor stok, kandungan dan berat, serta hendaklah mengandungi slip pembungkusan butiran. Tiada sebarang jenis caj, termasuk caj untuk pembungkusan, pengotakan, pengetongan, penghantaran ekspres atau pengangkutan, yang dibenarkan melainkan dipersetujui oleh Energizer secara bertulis. MASA MERUPAKAN FAKTOR UTAMA. Jika mana-mana barangan tidak dihantar dalam tempoh yang dinyatakan dalam PO, atau dalam tempoh yang munasabah jika masa tidak dinyatakan, Energizer boleh sama ada (a) menolak untuk menerima barang tersebut dan menamatkan PO, atau (b) meminta Penjual menghantar barangan tersebut dengan menggunakan cara pengangkutan yang paling cepat dan sebarang tambahan caj pengangkutan melebihi caj pengangkutan yang lazim hendaklah ditanggung oleh Penjual. Harga merangkumi berat bersih bahan melainkan dipersetujui sebaliknya..
- PEMBELIAN BAHAN KIMIA: Pembeli hendaklah mendedahkan kepada Energizer sama ada, menurut yang diketahui oleh Penjual, item yang dibeli tersebut adalah tertakluk pada mana-mana kawalan import atau eksport. Penjual hendaklah memberikan Lembaran Data Keselamatan Bahan (MSDS) untuk setiap bahan kimia yang dibeli di bawah PO ini. Penjual hendaklah dengan segera mengemas kini atau menyemak MSDS selepas menerima sebarang maklumat yang menunjukkan bahawa MSDS tidak lagi lengkap, betul dan/atau tepat. Jika Penjual mengemas kini atau menyemak MSDS sebelum dihantar kepada Energizer, Penjual hendaklah dengan segera menghantar MSDS yang telah dikemas kini dan disemak itu kepada Energizer. Syarat Tambahan Pembelian Perkhidmatan
- INDEMNITI: Selain pembayaran ganti rugi dalam bahagian Umum, Penjual bersetuju untuk melindungi, mempertahankan, membayar pampasan, menanggung mana-mana liabiliti dan mengambil alih tanggungjawab Energizer, ejennya, pekerja, anak syarikat, gabungan, pengganti dan menyerah hak daripada dan terhadap sebarang Kerugian yang timbul disebabkan Kerja atau pelaksanaan atau kegagalan untuk melaksanakan Kerja tersebut, atau dengan kewujudan individu berkenaan di premis Energizer atau di tapak Kerja, yang berkaitan dengan Kerja tersebut yang timbul disebabkan oleh kecuaian, salah laku yang disengajakan atau pelanggaran waranti atau perwakilan yang terkandung dalam Syarat ini. Sekiranya Perintah ini membenarkan Kerja dilaksanakan atas harta yang dimiliki atau dikawal oleh mana-mana pihak atau pihak-pihak selain Energizer, maka tanggungjawab tersebut untuk melindungi, membayar ganti rugi dan mengambil alih tanggungjawab hendaklah diperluaskan untuk merangkumi pihak atau pihak-pihak, pekerja serta ejen mereka. Penjual hendaklah bertanggungjawab untuk, dan dengan ini menanggung semua liabiliti untuk, kerugian atau kerosakan bagi atau kerosakan, terhadap semua perkakas, mesin, kelengkapan dan peralatan yang dimiliki oleh Penjual, atau dipinjamkan atau dipajakkan kepada Penjual oleh pihak lain selain Energizer, dan semua harta persendirian pekerja Penjual. Setakat yang sah dan boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang yang berkenaan, pengecualian daripada tanggungjawab dan liabiliti yang dinyatakan sebelum ini hendaklah merangkumi kerugian, kemusnahan atau kerosakan yang disebabkan oleh, timbul daripada atau dalam sebarang cara dikaitkan dengan kecuaian, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh Energizer, mana-mana pihak yang memiliki atau mengawal harta yang menjalankan mana-mana bahagian Kerja atau mana-mana pekerja, ejen atau subsidiari. Peruntukan ini tetap berkuat kuasa meskipun berlaku sebarang penamatan PO.
- KERJA: Menurut Syarat yang terkandung di sini, Energizer dengan ini memesan, dan Penjual, sebagai kontraktor bebas, dengan ini bersetuju untuk melaksanakan dan melengkapkan, semua kerja yang diterangkan dalam PO atau, jika tiada PO dilengkapkan, dalam pelepasan kerja yang dihantar kepada Penjual oleh Wakil Energizer yang Sah yang dilantik untuk tempoh PO yang dinyatakan (selepas ini dinamakan sebagai “Kerja”). Melainkan sebaliknya dinyatakan dalam PO, Penjual hendaklah menyediakan semua pekerja, bahan, perkakas, jentera, kelengkapan dan peralatan, penjermangan (topang), perancah, struktur kerja sementara, pengangkutan dan semua perkara lain yang perlu untuk pelaksanaan Kerja. Butiran PO merangkumi keterangan Kerja, tarikh mula dan tarikh siap, lukisan dan spesifikasi, kategori pekerja dan kadar, serta tapak Kerja disenaraikan di bawah ini, pada halaman depan atau dokumen tambahan yang disediakan oleh Energizer. Penjual mengakui dan bersetuju bahawa masa merupakan faktor yang perlu diambil kira berkenaan tanggungjawab Penjual dan pelaksanaan segera dan menepati masa adalah sangat diperlukan.
- PEMERIKSAAN PENJUAL: Penjual dikehendaki untuk memeriksa Spesifikasi dan Lukisan yang berkaitan dengan setiap Pelepasan Kerja dan tapak bagi bahagian Kerja yang termasuk dalam Pelepasan Kerja tersebut sebelum memulakan sebarang kerja di bawah Pelepasan Kerja tersebut, dan perlu dipenuhi, sebagai syarat yang menjadi tanggungjawab Penjual untuk melaksanakan bahagian Kerja itu, termasuk tetapi tidak terhad pada halangan tapak, ciri dan keadaan bahagian Kerja tersebut, peraturan keselamatan yang mungkin memberi kesan terhadap bahagian Kerja tersebut dalam apa-apa cara sekali pun. Tiada pampasan tambahan akan dibayar kepada Penjual, mahupun sebarang lanjutan masa akan diberikan, untuk mana-mana hal ini.
- LEBIH MASA: “Kerja Lebih Masa” hendaklah, melainkan ditakrif sebaliknya dalam suatu PO, merupakan jumlah jam bekerja setiap orang yang diperlukan oleh adat perdagangan yang lazim, kontrak atau undang-undang kesatuan yang berkenaan, yang akan dibayar pada kadar jam premium iaitu tidak kurang daripada masa dan separuh daripada kadar jam masa semata asas untuk kerja yang dilakukan. Penjual tidak boleh melakukan sebarang Kerja Lebih Masa melainkan Kerja Lebih Masa itu diminta atau dibenarkan oleh Energizer secara bertulis, atau Kerja Lebih Masa diperlukan berdasarkan keadaan Kerja tersebut dan Penjual hendaklah melakukan semua kerja lebih masa yang diminta atau dibenarkan oleh Energizer secara bertulis tersebut. Energizer hendaklah membayar Penjual untuk Kerja Lebih Masa tersebut menurut peruntukan suatu PO bagi menentukan jumlah Kerja Lebih Masa. Penjual hendaklah membayar pampasan lebih masa yang berkaitan kepada pekerjanya menurut undangundang yang berkenaan.
- WARANTI: Penjual menjamin bahawa semua bahan dan peralatan yang dimasukkan ke dalam keputusan Kerja (kecuali bahan dan peralatan yang disediakan oleh Energizer) dan setiap bahagian Kerja hendaklah mematuhi syarat PO, Pelepasan Kerja yang dikenakan dan Spesifikasi serta Lukisan, hendaklah mempunyai kualiti yang terbaik, layak untuk tujuan tertentu yang diperlukan dan hendaklah bebas daripada semua kecacatan bahan dan mutu kerja sehingga tamat tempoh satu (1) tahun selepas penyempurnaan bahagian Kerja yang dilindungi oleh Pelepasan Kerja yang mana bahan, peralatan atau bahagian Kerja tersebut adalah berkaitan.
- HAK MILIK: Hak milik setiap item bahan dan peralatan yang disediakan untuk dimasukkan dalam hasil Kerja berkenaan dan bukan sudah dimiliki oleh Energizer hendaklah diserahkan kepada Energizer setelah penghantaran item berkenaan ke tapak Kerja.
- LIEN: Penjual hendaklah membayar ganti rugi dan mengambil alih tanggungjawab Energizer dan mana-mana pihak berkepentingan di tapak tempat kerja dilaksanakan, terhadap lien dan semua lien lain pekerja, mekanik dan jurubahan serta caj atas Kerja, yang terbit daripada kerja yang dilaksanakan dan/atau bahan atau peralatan yang disediakan oleh Penjual atau oleh vendor atau subkontraktor menurut perkara ini.
- SISA DAN BAHAN LAIN: Penjual tidak boleh membenarkan bahan buangan atau sampah berlonggok di dalam atau di sekitar tapak Kerja, tetapi hendaklahmengeluarkan yang sama dari harta Energizer dengan segera, dan menurut semuaundang-undang, aturan dan peraturan yang berkenaan. Penjual hendaklah,menanggung sendiri kos, untuk melindungi dan menyimpan bahan-bahan yang terletak di bahagian luar semasa pelaksanaan Kerja dengan sewajarnya bagi mencegah sebarang pelepasan atau pembuangan ke persekitaran.
- PERUBAHAN: Energizer boleh, dengan memberi notis bertulis kepada Penjual dari semasa ke semasa, membuat perubahan dalam Spesifikasi dan/atau Lukisan,mengeluarkan arahan tambahan, memerlukan kerja tambahan atau mengarahkan pengabaian kerja, tanpa mentaksahkan PO dan Penjual hendaklah mematuhi notis berkenaan. Energizer hendaklah membayar kepada Penjual bagi perubahan yang terhasil daripada notis tersebut menurut peruntukan PO bagi menentukan jumlah, kos dan caj. Tiada kerja tambahan akan dibayar oleh Energizer melainkan kerja dijalankan menurut notis bertulis Energizer.
- KESELAMATAN: Penjual hendaklah mematuhi, dan meminta pekerja dan semua subkontraktor Penjual untuk mematuhi, semua aturan dan peraturan kesihatan, keselamatan dan sekuriti yang berkuat kuasa di tapak Kerja tersebut. Penjual memahami bahawa kebenaran yang tersirat dalam pelepasan suatu PO hanya dibenarkan dengan syarat Penjual telah membaca, menandatangani dan melengkapkan semua borang dan kertas kerja termasuklah, tetapi tidak terhad pada, borang CSCP yang diminta oleh Energizer. Penjual dan/atau pekerja Penjual tidak boleh memasuki tapak kerja, sehingga kertas kerja yang diperlukan telah dilengkapkan. Bahagian ini juga merangkumi mana-mana syarat khusus negara yang terdapat di bawah ini dan dimasukkan mengikut rujukan ini.
- PATEN: Penjual hendaklah mempertahankan atau menyelesaikan, dengan menanggung sendiri kos, mana-mana tindakan guaman, prosiding dan tuntutan untuk pelanggaran mana-mana paten yang timbul berkaitan dengan kemudahan yang dibina atau dikerjakan menggunakan mana-mana bahan, peralatan atau kombinasi yang direka bentuk oleh Penjual atau merupakan artikel jualan standard bagi Penjual, dan hendaklah membayar ganti rugi dan mengambil alih tanggungjawab Energizer daripada semua Kerugian disebabkan oleh pelanggaran tersebut; dengan syarat bahawa Penjual dimaklumkan secara bertulis dengan segera tentang tuntutan berkenaan, atau mengenai pelaksanaan tindakan guaman atau prosiding tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan diberi kuasa, maklumat serta bantuan bagi pembelaan atau penyelesaian, dan seterusnya memperuntukkan bahawa Energizer tidak boleh menyelesaikan tuntutan, tindakan guaman atau prosiding, tanpa kebenaran bertulis daripada Penjual. Penjual hendaklah berusaha dengan terbaik untuk memperoleh apaapa bahan dan/atau peralatan yang direka bentuk oleh vendor atau subkontraktor berkenaan atau merupakan artikel jualan yang standard bagi vendor atau subkontraktor tersebut, pelanggaran perjanjian menanggung kerugian bertulis, kepuasan bagi pihak Energizer berkaitan dengan bahan dan peralatan berkenaan. Penjual tidak boleh sekalikali mempertanggungjawabkan Energizer untuk sebarang bayaran royalti atau lesen yang berkaitan dengan Kerja tersebut, tanpa kebenaran bertulis Energizer terlebih dahulu.
- PENEPIAN: Tiada perubahan, tambahan atau pengabaian mana-mana Syarat PO, mana-mana Pelepasan Kerja atau mana-mana Spesifikasi dan Lukisan hendaklah mengikat salah satu pihak, melainkan dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh wakil sah pihak berkenaan, kecuali untuk perubahan yang dibuat di bawah Seksyen 33.
- PENAMATAN UNTUK KEMUDAHAN ENERGIZER: Energizer boleh menamatkan PO dan semua Pelepasan Kerja pada bila-bila masa, sama ada Penjual ingkar ataupun tidak, dengan notis bertulis kepada Penjual. Dalam keadaan itu, liabiliti Energizer hanyalah untuk membayar Penjual, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas menerima invois, semua jumlah, kos dan caj lain yang diperoleh di bawah PO sebelum penamatan dan semua jumlah yang dibayar oleh Penjual dan diluluskan oleh Energizer dan melepaskan pesanan belian dan subkontrak yang masih belum dijelaskan, ditolak semua jumlah yang sebelum ini dibayar kepada Penjual dan ditolak semua tuntutan oleh Energizer yang berkaitan dengan PO atau Kerja. Sekiranya berlaku penamatan, Penjual hendaklah dengan segera menghantar kepada Energizer semua pesanan belian dan subkontrak yang Penjual diminta oleh Energizer untuk selesaikan. Sejurus selepas penamatan, Penjual hendaklah menyerah hak dan memindahkan semua pesanan belian dan subkontrak yang belum diselesaikan dan dilepaskan, semua bahan yang bayaran telah diterima oleh Penjual dan semua lukisan dan dokumen yang diberikan oleh Energizer kepada Penjual yang berkaitan dengan Kerja tersebut. Penjual hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk mendapatkan daripada Energizer hak Penjual di bawah semua pesanan belian dan subkontrak yang telah di serahkan kepada Energizer.
- PEKERJA: Penjual hendaklah mengambil pekerja atau mendapatkan khidmat pekerja, yang berkaitan dengan pelaksanaan PO, orang yang layak dan mahir dalam tugas yang diberikan. Sekiranya berlaku pengambilan pekerja yang terdiri daripada orang yang tidak senonoh, tidak cekap atau berkelakuan tidak menyenangkan di tempat Kerja oleh Penjual atau oleh mana-mana subkontraktornya, Penjual hendaklah, apabila diminta oleh Energizer, mengeluarkan orang berkenaan dari tempat Kerja. Jika Energizer memutuskan bahawa Kerja tidak dilaksanakan menurut standard yang berkaitan, tambahan pada remedi lain yang terdapat untuk Energizer, Penjual hendaklah, menurut pilihan Energizer: (A) melakukan semula Kerja tersebut; (b) membayar balik Energizer untuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Energizer bagi mendapatkan pihak ketiga melaksanakan kerja tersebut; atau (c) membayar balik Energizer untuk sebarang bayaran atau kos lain yang ditanggung untuk Kerja berkenaan.